BALA TENTERA SAYA

March 10, 2011

February 7, 2011

duhai Ibu

ibu,

satu nama dan perkataan yang begitu agung dan bermakna pada mereka yang bergelar seorang anak. Mengusung kita selama 9 bulan 10 hari, menahan kesakitan demi menjaga bayi yang kandungankannya. Mengusap2 perut dengan penuh kasih dan sayang biar pun kita menendang-nendang dinding perut ibu.

Disaat kelahiranlah, saat pengorbanan ibu yang tiada tandingnya. bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat hasil dari persatuan dua jiwa. melahirkan seorang yang bergelar anak. anak yang diharapkan agar dapat menjadi penawar duka dan lara, menjadi seorang anak yang berguna, menjadi seorang yang boleh mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya kelak.

Ibu tak pernah jemu2 untuk mendidik, memberi tunjuk ajar, memberi bimbingan disaat anaknya dalam apa jua keadaan. menjadi peneman diri anak2 disaat anak2 tak tahu kemana ingin dituju. Dia bekerja keras, untuk mencari nafkah dan sesuap nasi kpada anak2nya. dia yang susah bangun sendiri disaat kehilangan tempat bergantung.

Ibu sering bimbang ketika kami sakit hingga pekerjaan lain ditinggalkan demi merawat kami.Kini, ibu yang tersayang, yang diharapkan utuk terus membimbing, menjadi tempat mengadu, telah tiada. disaat ini barulah kami merasa akan kehilangan tempat bergantung. Kami berdikari untuk teruskan hidup yang masih panjang selagi masih ada nyawa dibadan. Kami tak akan pernah melupakan setiap pengorbananmu pada anak2mu ini walau sesaat. Sesungguhnya, setiap nafas yang dihembuskan ini adalah untukmu ibu.

;Sesungguhnya tugas seorang anak adalah sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya apabila mereka telah tiada.

;Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil.” ” (Surah Al Israa’: Ayat 23 dan 24)

;Janganlah berhenti berdoa kerana sesungguhnya doa anak soleh untuk ibu bapanya tidaklah terputus amalannya meskipun mereka sudah meninggal.

;Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa2 kedua ibubapa kami, tempatkanlah mereka bersama hamba2Mu yang beriman, kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kami sejak kecil, terangilah kubur mereka, sesungguhnya hanya padaMu kami memohon. amin amin Ya Rabbal A'lamin.

::: kami amat merinduimu ibu :::

terimalah kasih.

masa kecik-kecik, umur 4, 5 tahun.
mula belajar alif, ba, ta..

dah besar sikit,
belajar baca iqra'.

dah besar sikit lagi,
belajar baca muqaddam.

dah sekolah,
makin pandai baca ayat-ayat suci,
mula belajar baca separuh al-quran.

dah besar panjang, sekarang.
dah boleh hafal yassin skit2.

terima kasih, mak,ayah.

terima kasih atas pengorbanan mak dan ayah mengajar anak-anak kalian semua ni.

kami dah boleh doa untuk mak dan ayah.
kami dah boleh baca ayat-ayat suci, yassin, dan zikir untuk mak dan ayah.
kami dah boleh sedekahkan al-fatihah untuk mak dan ayah.

terima kasih atas pengorbanan mak dan ayah mendidik kami dengan segala macam ilmu, juga ilmu agama.

semua tu dapat kami gunakan untuk bagi kesenangan kepada mak dan ayah kat sana nanti.



al-fatihah.

January 24, 2011

zero kosong empty

rasa macam nak nagis sangat2. eh2 mmg dah nagis lah.. huhu.
stress..! tekanan..!

kini aku hampir give up.! ye, x semua yang kite impikan menjadi reality.

xpe2 bersabar lah.! x lame je lagi.!

aku hidup ada matlamat dan cite2. so, ape yang aku lakukan hari ni ialah untuk mencapai ape yang aku cite2 kan. wish me luck guys.!

Mood: x stabil, so update ntah pape je nih. bye.

January 15, 2011

Practical.



ye, skarang sudah ada tugas baru. kini aku hanya perlu bekerja keras sedikit utk menamatkan diploma aku. ye practical. aku memilih untuk berpactical di sebuah company di Langkawi. LADA (Langkawi Development Autority) dan ditempatkan dibahagian kewangan. lau korang nak tau, LADA ni ialah company yang melakukan aktiviti untuk membangunkan Langkawi. contoh aset2 yang diorg ada ialah, cable car, perumahan2, dataran helang, taman lagenda dan banyak lagi lah.

1st day aku kat sini, oke lah. tapi agak bosan coz xde keje sangat. sampaikan xtau nk tulis pe dalam log book.hehe. tapi semakin hari aku kat situ, semakin oke. bos pun sporting. owh ye, esok (16/01/11) company nih wat family day. ^^, so, aku kena la join kan. nanti ada la gak bahan nak buat report nanti. owh ye, family day kali ni, kami juz berkelah je kat pantai pasir tengkorak ngn staff dari bhagian kewangan.

Em, lagi satu start 17/01/11 aku dah mula buat part time kat shopping mall kat sebelah je ngan company LADA tuh. xcially, aku xde la terdesak nak pkai duwit pn skarang. tapi saje2 nak isi masa sambil cari pngalaman kan. yela, skarang nih, sume nak pengalan tu penting. x kisah la korg wat keje ape pn kan. memang la, member2 aku cakap, "ko xpenat ke weh? abis keje kul5ptg, then 5.30 ko nak smbung wat part time lak smpai 10.30mlm baru blik?" yup, tipu la lau aku cakap x penat kn. tapi x salah kan lau nak mencube. :)

okeh la, rasanya smpai sini dulu entry kali nih. ada masa, aku update lah. hehe. wish me luck geng.


okeh, ni la company tuh. :)

January 3, 2011

seni yang halus.



hye kengkawan. chuwit la korg hari nih.. ee, gewram taw. haha gediknyew.. sowi. hari ni mood macam terlebih okew plak.

emm, aku kan aku kan sukew sgt2 benda unik. lg2 bnda2 yang berkaitan makanan la..huhu.
kretif rupenya mnusia ni kan.
kasihan deh lorh..!
emm, chuwmelnyew..












hah, yang nih paling cool..!

January 1, 2011

New Year 2011..!


Happy New Year, guys..!
jom2 kita reverse balik sgala macam kenangan 2010 yang baru melabuhkan tirainya smalam...

Januari
.:Semester 4 bermula.

Febuary
.:Busy wif my stdy.

Mac
.:Busy dgn stdy sambil2 meronggeng ngn kawan2 sayang.

April
.:Genap 2 tahun pemergian ibunda yang tersayang & 1 tahun pemergian 'dia'.

May
.:Stdy2..! Final..!

Jun
.:Cuti2 Sem.

Julai
.:Semester baru bermula lagi.

Ogos
.: Nothing special..! stdy lagi.
(percaya pada, usaha, doa, tawakal)

September
.:Puasa2..huh, laparnya.

Oktober
.:Bila dah ada puasa, mesti ada raya.. Slamat Hari Raya.
.:Majlis Anugerah Dekan | Marriot Hotel Putrajaya. Semester 4
.:Bunga2 cinta berputik. ahaks. >.<
.:Happy birthday 2 me. :)
.:Graduation Night |Palace of the Golden
Horses Hotel, Selangor

November
.:Cuti semester dah strt..yeayy..badan dah gemok..

December
.:Dekan lagi untuk sem 5.. alhamdulillah. :)

.....:oke, 2 suma dah lepas.. bye2 2010.. welcome2011. harapnya ianya permulaan yg baik utk tahun nih..
.....:apa2 pn smalam aku celebrate wif my sayang2 kat pantai chenang, langkawi. xcially plan asal nak g dataran helang. tapi macam x life je..haha..beshh2..