BALA TENTERA SAYA

September 23, 2011

New day, new life, new hope, new love

“Andainya Kau adalah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku dan hatimu. Itu janji Allah.."

September 15, 2011

rezeki manusia



"Kita akan berasa sedih pabila kita gagal dalam peperiksaan
Tapi kita akan berasa lebih sedih lagi jika kita mengetahui
Sahabat baik kita sendiri mendapat tempat pertama
alam peperiksaan tersebut" Petikan filem 3 Idiots

Rezeki Tuhan bagi melalui pelbagai cara.
Bukankah nasib dan rezeki manusia itu seperti cuaca, ada ketikanya cuaca baik, ada ketikanya cuaca itu buruk,begitu jugalah dengan rezeki manusia itu. MT

Semoga Tuhan kuatkan semangatku untuk melalui hari2 mendatang. Mungkin Tuhan nak berikan yang lebih baik, jadi Dia beri kita dugaan sekarang.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. InsyaAllah.



p/s: ditaip oleh orang yang hampir putus cinta asa.

September 14, 2011

Lumrah

Jika kau merasa sedih,
Pandanglah ke sungai,
Airnya mengalir walaupun
Berjuta batu menghalang.

Jika kau merasa sedih,
Pandanglah ke langit,
Kau akan sedar bahawa,
ALLAH SENTIASA BERSAMAMU.

Kesedihan tu tak berkekalan tapi hanya sementara. Tapi lumrah manusia. Kadang2 bila rasa kecewa tu datang kita dah rasa tak mampu untuk berdiri. tapi INGAT! ALLAH sentiasa bersama dengan orang2 yang bersabar.

p/s: sesiapa yang suka fikir bukan2 tu, cepat2 la bersihkan fikiran sebab ni tak de kena-mengena dengan putus cinta.

September 13, 2011

SAHABAT atau CINTA?


Orang kata SAHABAT tu selamanya,
orang kata SAHABAT lebih dari cinta,
orang kata sekali SAHABAT selamanya SAHABAT,
orang kata pilihlah SAHABAT dr CINTA,
orang kata mereka pentingkan SAHABAT dari CINTA,

Sebabnya :D

mereka kata CINTA itu buta dan akan menyebabkan kita JATUH dan TERLUKA,
mereka kata SAHABAT pula akan bantu kita BANGUN dan PULIHKAN kita,
mereka kata CINTA boleh di cari tetapi SAHABAT sukar untuk di cari,

Maka :P

mereka pilih SAHABAT dr CINTA,
mereka dahulukan SAHABAT dr CINTA,
mereka pentingkan SAHABAT dr CINTA,

Tetapi :(

bila mereka mulai merasakan CINTA,
SAHABAT di lupakan,
SAHABAT di tinggalkan,
CINTA boleh menegur tentang SAHABAT,
tapi,
SAHABAT tak boleh menegur tentang CINTA,
kata-kata dan ikrar hanya tinggal kata-kata tanpa makna,

Sebabnya :(

CINTA telah menjadi segala-galanya,
CINTA telefon tgh mlm nak masuk pg tak apa,
CINTA merajuk tak apa,
CINTA marah tak apa,

Bila :D

SAHABAT telefon malam dh nk pagi,talian sibuk *call waiting*
SAHABAT ada masalah langsung tak di endahkan,
SAHABAT merajuk dia yg marah,
SAHABAT marah,dia teruskan putuskan persahabatan,

Sebabnya :)

dia fikir CINTA akan menemaninya,
tapi,
dia x prnh fikir,
adakah cinta itu cinta SEJATI dan ABADI?
sedangkan SAHABAT sejati sudah di tinggalkan,

Akhirnya :(

setelah di tinggal dan di lukai oleh CINTA,
dia kembali mencari SAHABAT,
meminta-minta kembali kasih SAHABAT,
luka SAHABAT terlalu dalam,
namun,SAHABAT masih menerimanya,
kerana bg SAHABAT,
SAHABAT adalah SELAMANYA,
luka yg telah di gores di hati,
SAHABAT menganggapnya sebagai dugaan PERSAHABATAN,
kerana bagi SAHABAT,
"SAHABAT sebenar akan mencapai tangan sahabatnya dan akan menyentuh hatinya"

~Hidup Ini Indah Jika Kita Tahu Bagaimana Cara Mencorakkannya~

-CINTA TAK SEINDAH YANG DISANGKA-

September 12, 2011

saya tak sebetuah kalian



kenapa mesti ada rasa macam ni?
-.-

rasa macam nak lari jauh-jauh.

tsktsktsk

August 1, 2011

Ramadhan datang lagi.

Salam 1 Ramadhan. Alhamdulillah kita masih dapat menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Gua selalu terfikir,puasa taun depan ada ke tak lagi kan. InsyaAllah dengan izinNya tiada yang mustahil :)

em macam biasa la,bila puasa ni macam2 gejala boleh tengok. contoh yang senang kat fesebuk la. dekat semua orang kalau boleh nak wish selamat berpuasa.(tapi gua tak cakap tu salah k) contoh lain, bila kat bazar,kalau boleh semua benda nak beli. habis tu kalau semua benda kau nak beli dalam satu hari,esok kau nak beli apa pulak untuk berbuka?

1 lagi isu yang gua dapat tengok kat fesbuk ialah bila ada sesetengah daripada dorang ni bukan main niat puasa nak kuruskan badan bagai.Kalau kau puasa bagai nak rak tapi bila time berbuka kau melantak tak hingat kiri kanan,tak guna gak beb. Orang lain niat puasa kalau boleh nak kurangkan dosa tambahkan pahala. hmm,WaAllahualam.

Apa2 pun yang penting, puasa kena ikhlas dan mengharapkan keberkatan dan rahmat dariNya. InsyaAllah. tapi jangan la pulak,kau puasa penuh satu hari pun kau tak tinggal tapi sayang solat satu waktu pun kau tak buat. Jangan la macam tu.

Apa2 pun niat gua baik. Maaf kalau ada yang tersinggung.. Bulan mulia ni kalau boleh gua pun tak nak la tambah dosa free kan. Apa2 pun selamat berpuasa pada semua. Semoga kita sama2 dpat manfaat dari bulan yang mulia ini. InsyaAllah. Assalamualaikum.

p/s: jom malam ni pegi tarawih :)