BALA TENTERA SAYA

April 24, 2011

MISSING II

today (240410) has been 2 years, i miss him so much!

mesti korang pelikkan( x pelik pun buat2 pelik la) semalam punya entry pn lebih kurang sama macam hari ni kan. sebenarnya, hari ni genap sudah 2 tahun arwah suffian mninggal.ye, tarikh kejadian memang selang sehari je. cuma tahun yang berbeza. that's y aku cukup fobia dengan bulan april tau! em, ntah2 korang pon dah muak kan aku ni asyik cite sdih2 je. lagi2 pasal orang yang dah tak de. uishh, sape leh lupe beb orang yang pernah buat baik dengan kita, selalu ada time susah senang dengan kita, orang yang penah kita sayang, orang yang kita harapkan boleh jaga,bimbing kita kelak, tiba2 pergi dulu dari kita. sentap hati mak nak!

kalaulah arwah ada lagi:
  • mesti kitorang dah kawin. eh,slap mebi dah risik2 kot. (aku malas nk tekan backspace).
  • ada orang nak dengar aku membebel, ada tempat aku nk gigit(kalau aku geram/marah,aku suke gigit arwah.hah2 pk bukan2 la tu.gigit kat tangan la), layan kerenah aku yang bukan2 ni. (orang yang betul2 kenal aku tahu la camne).
  • mesti time ni kitorang tengah tunggu nak grad sama2.
  • banyak juga perubahan dalam hidup aku selepas arwah xde. bila datang bangi, g kolej ke hostel ke, mula la aku nk sedih2. ye ar. banyak kenangan kitorang kat sini. tapi sekarang aku dah sedikit lega sebab lepas ni aku dah TAK perlu lagi datang bangi. bukan niat untuk lupakan kenangan2 tu semua.tapi biarlah. benda dah lepas. tak elok dikenang2. iyo idok. apa2 pun semua 2 tetap dalam ingat aku. insayaAllah.

Al-Fatihah.

April 23, 2011

MISSING

Today has been 3 years i loss my mom and until now i wish i still have her. :(

kalau la arwah ada lagi, mesti:
  • ada yang selalu tanya kabar ktorg adik beradik. macam dulu2. duduk ostel, hari2 mak i call tau. tanya dah mkn ke, stdy mcm mana. tapi lepas 2 dah xde dah.
  • kalau duduk ostel dulu, bila bulan puasa je, mesti mak i hantar juadah untuk berbuka. sbb mak i tau makanan kat ostel tak best. nanti tak pasal2 kurus la anak dia sorang ni.
  • kalau arwah ada lagi, mesti hidup ktorang tak macam hari ni. mesti macam orang lain. seronok je aku tengok dorang. jeles tau.!
  • banyak sebenarnya perubahan selepas ketiadaan beliau. tapi x nak la cite satu2 nanti i sedih la.
apa2 pun, saya SAYANG parents saya. walaupun mereka dah xde. saya tetap bersyukur dengan ape yang saya ada sekarang. saya ada kakak, adik2 yang selalu ada bersama. :)



April 5, 2011

Dialog dua hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

.....sumbangan: incik gelihati

March 30, 2011

Ada bezakah?

assalamualaikum readers. eh2 ada ke yang sudi baca blog aku nih?. macam xde je. xpe2 aku blogging ni pun bukan nak kejar populariti ke $$$ ke. just suke2 lepas geram.

oke, pagi ni aku ada bukak Oh Media ! . then ada something yang menarik perhatian aku.



:: Siapa Nurul Ain Rusly ni? Kenapa tak berbogel terus je keluar Metro? Kesian.. (Faizal Tahir keluar tv buka baju kena ban. Tapi bila perempuan separuh bogel keluar paper macam ni, tiada tindakan. Apa ini semua? Diskriminasi ke atas kaum lelaki ke? Hahah!) (oh! Media)

aku sendiri tak faham. kenapa boleh jadi macam ni. wahai wanita, jaga la aurat anda. perhiasan anda hanya untuk suami je. ingat tu. aku ni nak nasihat lebih2 pun aku sendiri bukan la perfect sangat. tapi dah kalau isu2 macam ni, kita sendiri kena faham la. kita di Malaysia bukan oversea!

:: apa2 pun, anda buat anda dapat ! ^^



i lap u lah faizal ! coba satu !

March 29, 2011

Pemandu wanita berbahaya? WT*?.



Hoi korang! eh kurang ajarnye.. haha.. ok kita tukar..

Wei korang! pun macam kurang ajar gak.. takde adab main wei wei pulak. Kita tukar lagi..

Oit!! Oit!! Ni lagi biadap. Hahaha!

Assalamualaikum korang! Haaa ini baru betul cara orang Islam. Dan salam sejahtera buat reader yang bukan beragama Islam. Sebelum tu aku nak memohon maaf jika entry kali ni agak kuar diajar sikit drpd entry sebelum2 ni. yela,aku sendiri yang baru bernafas di bumi Allah selama 21 tahun ni. Mungkin 40 tahun lagi, mungkin 20 tahun lagi, mungkin 1 tahun lagi, mungkin sebulan lagi, mungkin seminggu lagi, mungkin 1 hari lagi atau mungkin 1 jam lagi akan meninggalkan dunia yang fanak ini. takut lak lau tak sempan nk minta maap kn.

OK2 sila kembali pada topik asal dan Sila ulang semula tajuk entry kali ni. kalau korang nak tahu, tu la first thing yang aku terbaca bila bukak paper hari ni.

macam gampang!
aku rasa, isu ni terlalu umum. asal accident je, pemamdu wanita dipersalahkan,asal tak bagi signal je, mesti pemandu wanita dulu yang dituduh.

apa, kalau pemandu lelaki tu memang dah sah2 ke tak buat kesalahan ketika memandu? kenapa asyik pemandu wanita je dipersalahkan?? kaum adam bila nampak keta depan slow gila babeng mesti cakap "cis, ni mesti pempuan yang bawak ni, slow gila!" padahal tengok2 lelaki yang bawak.!

pagi tadi aku sempat dengar kat hotfm pasal topik ni jugak. ramai yang tak puas hati pasal isu ni. helo kaum adam, korang pun sama je la (sesetengah oke) tengok la, kalau accident, kaum adam la yang selalu yang jadi magsa kemalangannya kan. takkan la semua kaum hawa kot.

‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya. WTF?.

ah, aku malas ar nak bebel lebih2. korang baca la sendiri kat website nih

Utusan Malaysia Online - Berita Utama


apa2 pun, ini just pendapat aku je la kan. ye la isu ni terlalu subjective. tapi kalau dah ada pihak yang terus cakap wanita punca kemalangan, sape tak angin weh. lagi2 aku sebagai wanita. senang cite, korang bagi la pendapat korang pasal isu nih?

tapi kalau sapa2 yang rasa tak boleh terima aku punya pendapat ni, boleh pegi KB Mall !

March 28, 2011

kerja


suatu masa dulu, time aku perlukan $$ tambahan tuk aku penuhkan keinginan aku sampai satu saat aku nekad untuk keja partime dekat billion.aku dapat keja kat situ. macam2 keje aku buat, jadi sales girl penah, cashier pn penah. kakak yang interview aku kat situ explain panjang lebar pasal skim gaji kat situ.

"kat sini dik, kalau jadi promoter ke jaga stok ke kami bayar RM600 tapi macam adik, kami bayar RM600 + alaun RM100. tapi kalau adik buat OT kami bayar RM4 setiap jam adik buat OT tuh". kata kakak tuh gembira bila aku dah la talented, cantik pulak keja kat situ. abang2 nepal dah melambai2 tangan dari luar.

balik2 rumah aku dah mula fikir, bleh ke aku buat keja nih. last2 aku nekad jugak buat keja nih. yela, blum cuba blum tau. untung2 dapat scandal baru. cis, mcm gampang. mat2 nepal banyak la!

Kerja dari pukul 10.30pg sampai 10.30 mlm kalau weekend tp kalau hari2 biasa pukul 5.30 sampai 10.30 (sbb time tu aku buat LI so partime je la).

Aku sure benda dilema camni paling dirasai oleh mereka2 yang bergaji RM1000 dan ke bawah.Bekerja punyalah panjang masanya,dapat pun ciput aje,tolak2 hutang dan bil,lepas la beli maggi untuk buat bekal makanan. tengoklah, paling2 banyak barang dekat supermaket, rak maggi paling panjang. nampak sangat rakyat2 kat M'sia nih botak kepala sbb asyik makan maggi je!

Takpe lah, dari pada duduk rumah, goyang hidung je baik aku try buat keja nih. tapi last2 aku just dapat bertahan hanya untuk 2 bulan je. oleh kerana kekangan masa yang dialami. ececeh~

ok2 cuba korang fikirkan,dalam ramai-ramai menteri,menteri mana yang ambik peduli pasal orang-orang yang kerja kat bawah-bawah ni?Kita boleh cerita pasal kadar ekonomi naik,pasal kadar KDNK yang pesat atau tahap pelaburan yang meningkat....but those thing do not matter at all to those who work for a pittance.Takkan ada orang2 politik yang peduli.But the biggest problem of all is that...kita semua pun tak peduli pasal diorang ni.

Mesti ada yang pernah maki cashier kat shopping kompleks kalau minah tu kira barang slow2 masa kau nak cepat, dia terdouble scan korang punya barang then dia nk kena cari shif cashier untuk void balik .Mesti ada antara kita yang bengang dengan mamat tukang potong ayam kalau ada queue panjang masa kita nak timbang dan potong ayam.Mesti anda akan rasa annoyed kalau tengah2 shopping,isle barang tu diblok oleh seorang mamat yang tengah susun stok barang. Aku pernah nampak seorang member aku (cashier) di maki "stupid idiot" sebab harga kat cashier dengan display lain dan bila member aku tu ditanya dia tak tau nak jawab apa.Diorang tu hanya dibayar RM700 untuk mengadap muka korang dan layan perangai korang yang kadang2 tak serupa manusia.

Gaji ribu-ribu tapi troli pun tak reti nak letak balik kat tempat kumpul troli!Apa kau ingat pekerja2 kat situ yang dibayar RM700 juga bertugas untuk mencarik troli kat merata-rata tempat yang kau sepahkan?Bila troli takde reti pulak mengamuk nak maki hamun...!

Apa point aku?

Ada ramai orang susah dalam Malaysia yang kerja dekat shopping kompleks.Hidup diorang dah memang susah,apa kata kita,jangan susahkan hidup diorang lagi.Tak kira lah situ ramai pekerja Bangladesh ke,nepal ke,local ke..Kalau orang senang tak mau tolong kita...kita orang yang susah mesti tolong orang susah.Mereka bekerja dengan gaji yang sangat minima. RM700 beb! aku cakap ni pun berdasarkan pengalaman aku keja jadi promoter ngan cashier. kalau dulu, mebi aku pun selalu je nak maki hamun, kalau cashier tu lambat scan, servis dorang x ok ke. tapi bila dah jadi kat batang hidung aku yang x berapa nak mancung nih. shit! baru aku faham perasan mereka. emosi emosi!

Dan jangan pandang senget kat kat dorang okeh. korang x tahu ntah2 dorang dah ada dip, deg dan ntah2 dorang straight A SPM tau dalam tangan. lagi dassyyyaatt dari korang! so kita hidup nih kena la saling hormat menghormati.baru la orang lain pun akan hormat pada kita. tak luak mana pun kalau korang senyum pada dorang. cuba fikir balik, kalau dorang xde, spe yang nak susun2 barang kat rak, sape yang nak susun/cari troli. korang pun susah nak shopping.

dari pengalaman aku keja kat situ jugak, aku dapat member2 baru. dorang suma baik2, kapla dongga, senget punya orang. so, masuk la ngan kapla aku yang memang dah senget ni kn.

oke lah. so ingat je korang, apa2 pun pekerjaan yang ada kat Msia nih xkira la yang pangkat tinggi ke rendah ke, hormat la orang lain. jangan nak pandang senget je. mana tahu, satu hari nanti, dorang jugak la yang nak tolong kita. manaaa la tahu kn.