BALA TENTERA SAYA

February 7, 2011

duhai Ibu

ibu,

satu nama dan perkataan yang begitu agung dan bermakna pada mereka yang bergelar seorang anak. Mengusung kita selama 9 bulan 10 hari, menahan kesakitan demi menjaga bayi yang kandungankannya. Mengusap2 perut dengan penuh kasih dan sayang biar pun kita menendang-nendang dinding perut ibu.

Disaat kelahiranlah, saat pengorbanan ibu yang tiada tandingnya. bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat hasil dari persatuan dua jiwa. melahirkan seorang yang bergelar anak. anak yang diharapkan agar dapat menjadi penawar duka dan lara, menjadi seorang anak yang berguna, menjadi seorang yang boleh mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya kelak.

Ibu tak pernah jemu2 untuk mendidik, memberi tunjuk ajar, memberi bimbingan disaat anaknya dalam apa jua keadaan. menjadi peneman diri anak2 disaat anak2 tak tahu kemana ingin dituju. Dia bekerja keras, untuk mencari nafkah dan sesuap nasi kpada anak2nya. dia yang susah bangun sendiri disaat kehilangan tempat bergantung.

Ibu sering bimbang ketika kami sakit hingga pekerjaan lain ditinggalkan demi merawat kami.Kini, ibu yang tersayang, yang diharapkan utuk terus membimbing, menjadi tempat mengadu, telah tiada. disaat ini barulah kami merasa akan kehilangan tempat bergantung. Kami berdikari untuk teruskan hidup yang masih panjang selagi masih ada nyawa dibadan. Kami tak akan pernah melupakan setiap pengorbananmu pada anak2mu ini walau sesaat. Sesungguhnya, setiap nafas yang dihembuskan ini adalah untukmu ibu.

;Sesungguhnya tugas seorang anak adalah sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya apabila mereka telah tiada.

;Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil.” ” (Surah Al Israa’: Ayat 23 dan 24)

;Janganlah berhenti berdoa kerana sesungguhnya doa anak soleh untuk ibu bapanya tidaklah terputus amalannya meskipun mereka sudah meninggal.

;Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa2 kedua ibubapa kami, tempatkanlah mereka bersama hamba2Mu yang beriman, kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kami sejak kecil, terangilah kubur mereka, sesungguhnya hanya padaMu kami memohon. amin amin Ya Rabbal A'lamin.

::: kami amat merinduimu ibu :::

terimalah kasih.

masa kecik-kecik, umur 4, 5 tahun.
mula belajar alif, ba, ta..

dah besar sikit,
belajar baca iqra'.

dah besar sikit lagi,
belajar baca muqaddam.

dah sekolah,
makin pandai baca ayat-ayat suci,
mula belajar baca separuh al-quran.

dah besar panjang, sekarang.
dah boleh hafal yassin skit2.

terima kasih, mak,ayah.

terima kasih atas pengorbanan mak dan ayah mengajar anak-anak kalian semua ni.

kami dah boleh doa untuk mak dan ayah.
kami dah boleh baca ayat-ayat suci, yassin, dan zikir untuk mak dan ayah.
kami dah boleh sedekahkan al-fatihah untuk mak dan ayah.

terima kasih atas pengorbanan mak dan ayah mendidik kami dengan segala macam ilmu, juga ilmu agama.

semua tu dapat kami gunakan untuk bagi kesenangan kepada mak dan ayah kat sana nanti.



al-fatihah.