BALA TENTERA SAYA

September 30, 2011

Biar tak bergaya asal tak papa!


Assalamualaikum w.b.t. Kali ni nak bukak topic pasal gelagat manusia hari ni. Manusia hari ni aku tengok terlampau pentingkan gaya (cara hidup). Aku cukup menyampah dengan manusia2 yang macam ni. Apa kejadahnya berhabis duit hanya untuk bergaya?

Telefon mahal

Aku ada member yang tak berapa nak member sangat la. Dia pakai smartphone. Beribu tu harganya. Aku rasa aku pun tak mampu nak beli. Gila canggih. Macam2 gadget ada. GPS, 3G, web browsing dan macam2 la. TAPI kredit tak de!

Bila ditanya, jawapan biasa yang akan diberi, tak sempat nak topup la, kedai topup tutup la, topup habis la. Macam2!. Kalau kau dah mampu nak pakai hp mahal2, mesti kau pun mampu nak topup hp ko tu. Tak pun, why not kalau kau pakai je line. berapa sen sangat la kn.

Kereta

Budak ofis aku dulu (dulu oke) macam ni la. Sorry to say la. Aku bukan nak judge orang. Cuma ni dari apa yang aku nampak. Bila sorang dah pakai/tukar kereta baru, yang sorang ni pun nak jugak keluar kereta baru. Senang cite, almost 1/2 gaji dorang habis bayar installment je. Then, bila dah tengah2 bulan, sibuk nak kena ikat perut tak makan. apa ke hek. For me, kalau nak pakai/beli kereta bila la ianya 1/4 tak pun 1/3 dari gaji aku. Not more than that! Cuba korang imagine, kalau gaji dah rm1500,pakai persona. Installment around rm600, minyak plus toll may be rm300. So, lebih daripada gaji habis bayar dekat kereta je. Tu belum termasuk expenses lain lagi tu.

Orang2 macam ni la bila member ajak lepak minum2, tengok wayang bagi macam2 alasan. Busy la, gaji tak masuk lagi la, malas la. macam2! Tak de life langsung! Bagi aku, pakai la apa yang termampu. Tengok pada kemampuan diri sendiri. Buat apa nak kisah dengan pandangan orang lain terhadap apa yang kita pakai. Bukannya dorang yang nak bayar pun kat korang tiap2 bulan tu. Bersyukur apa yang ada. Alhamdullilah.

Bagi aku, tak mati pun kalau tak pakai/ tak ada kereta yang mahal2 tapi aku akan mati kalau tak makan. Korang bila dah tengah bulan, makan la kereta tu sikit2. Ada yang bila dah beli kereta tu, last2 naik bus jugak. Sebab apa? Sebab kau tak reti nak drive sendiri. Kau beli kereta just nak show off kat orang yang kau mampu beli kereta. ok fine.

Pendapat aku: Masing2 berhak untuk menjadi seseorang tanpa perlu mengikuti orang lain. Yang penting, walau secantik/sesenang mana pun korang, tak kisah dari segi apa pun, kita jangan pandang hina pada yang hodoh/miskin. Kecantikan/kesenangan korang tu hanya pinjaman daripada Dia je. Bila2 masa je Dia boleh tarik balik. Sekian.

P/s: Maaf kalau ada yang terasa (ikhlas). Ni hanya pendapat dan pandangan aku je. Kalau tak leh terima, terpulang. Boleh la cepat2 tekan |X| kat atas sebelah kanan tu. Biar tak secantik mawar yang berduri asalkan jadi cempaka yang harum walaupun tak cantik.

September 29, 2011

Shila amzah - patah seribu (acoustic)



enjoy!

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku

Pergilah…


September 28, 2011

I wish you were here.


Emak & Ayah: Untungnya mereka yang masih mempunyai emak dan ayah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak mereka. Yang sering menelifon anak-anak mereka bila berjauhan. Yang selalu ada bila memerlukan. Ah, indahnya. And now, I wish I still have both of them. I love them.

Kakna,Huda & Bat: Mereka harta yang tak ternilai yang pernah aku ada. Ketawa, menangis sama-sama. Yang selalu ada bila aku memerlukan bahu untuk meluahkan segala rasa. Yang sentiasa ada bila aku perlukan pendapat dan cadangan terhadap sesuatu perkara.Yang sentiasa ada bila aku memerlukan sokongan saat terjatuh. Aku sanggup kehilangan segala-galanya kecuali mereka.They knows who the real I am. I love them.

My cikgu: Terima kasih sebab u selalu buat I tersenyum. Bila pegang fon je mesti nak senyum2. am I falling in love with u? :) I tahu u busy, tapi takpe la, I faham and Im always believed on u. Please be with me. Hold my hand when I been tired, bewildered and lost. Show me the way when my path is all rough and steep. Hold my hand when I in hurt and pain. Shower you love and care. I love you.

Friends and relatives: Aku masih perlukan kalian. Terima kasih untuk segalanya. Pada yang sudi pinjamkan bahu bila aku sangat perlukannya. Bila memerlukan kawan untuk bershopping. Terima kasih. I love you.


p/s: Sengaja tak nak letak pict mereka2 sbb wajah mereka sentiasa ada dihati. InsyaAllah aku sentiasa mendoakan kebahagian mereka dimana saja mereka berada.

September 27, 2011

Oh! October


Morning/afternoon/everning guys! oke2 entry kali ni nak update pasal october. Ada apa dengan october ni? Eh, apa giler ke aku ni bulan september pn tak habis lagi ni tetiba nak cite pasal october pulak.

No no, bukan macam tu ye. Yesterday, I received letter from my sista. Nak tau surat apa? hah, ni dia :-
Invitation letter for Convocation.


Atur cara majlis.
Kenapa dari sista? bukan dari kolej? oh, sebab kolej anta ikut alamat kampung. Jadi dengan jasa baik my sista pos balik kat aku jadi sampai la semalam kn. Oke, october memang banyak sangat surprise.

Macam tahun2 lepas jugak. Apa yang banyak sangat surprise tahun lepas tu? Oh, yang tu nanti aku update bila dah masuk october ye guys!The special bout that day is tarikh dia jatuh pada 16 Oktober 2011 :) Thanks pada pihak kolej/urusetia yang pilih tarikh tu. its will become memory that is meaningfull :)

:. oke, tak sabar nak tunggu. nanti akan diupdate sepanjang majlis itu berlangsung. Harap ia
berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

September 23, 2011

New day, new life, new hope, new love

“Andainya Kau adalah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku dan hatimu. Itu janji Allah.."

September 15, 2011

rezeki manusia



"Kita akan berasa sedih pabila kita gagal dalam peperiksaan
Tapi kita akan berasa lebih sedih lagi jika kita mengetahui
Sahabat baik kita sendiri mendapat tempat pertama
alam peperiksaan tersebut" Petikan filem 3 Idiots

Rezeki Tuhan bagi melalui pelbagai cara.
Bukankah nasib dan rezeki manusia itu seperti cuaca, ada ketikanya cuaca baik, ada ketikanya cuaca itu buruk,begitu jugalah dengan rezeki manusia itu. MT

Semoga Tuhan kuatkan semangatku untuk melalui hari2 mendatang. Mungkin Tuhan nak berikan yang lebih baik, jadi Dia beri kita dugaan sekarang.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. InsyaAllah.



p/s: ditaip oleh orang yang hampir putus cinta asa.

September 14, 2011

Lumrah

Jika kau merasa sedih,
Pandanglah ke sungai,
Airnya mengalir walaupun
Berjuta batu menghalang.

Jika kau merasa sedih,
Pandanglah ke langit,
Kau akan sedar bahawa,
ALLAH SENTIASA BERSAMAMU.

Kesedihan tu tak berkekalan tapi hanya sementara. Tapi lumrah manusia. Kadang2 bila rasa kecewa tu datang kita dah rasa tak mampu untuk berdiri. tapi INGAT! ALLAH sentiasa bersama dengan orang2 yang bersabar.

p/s: sesiapa yang suka fikir bukan2 tu, cepat2 la bersihkan fikiran sebab ni tak de kena-mengena dengan putus cinta.

September 13, 2011

SAHABAT atau CINTA?


Orang kata SAHABAT tu selamanya,
orang kata SAHABAT lebih dari cinta,
orang kata sekali SAHABAT selamanya SAHABAT,
orang kata pilihlah SAHABAT dr CINTA,
orang kata mereka pentingkan SAHABAT dari CINTA,

Sebabnya :D

mereka kata CINTA itu buta dan akan menyebabkan kita JATUH dan TERLUKA,
mereka kata SAHABAT pula akan bantu kita BANGUN dan PULIHKAN kita,
mereka kata CINTA boleh di cari tetapi SAHABAT sukar untuk di cari,

Maka :P

mereka pilih SAHABAT dr CINTA,
mereka dahulukan SAHABAT dr CINTA,
mereka pentingkan SAHABAT dr CINTA,

Tetapi :(

bila mereka mulai merasakan CINTA,
SAHABAT di lupakan,
SAHABAT di tinggalkan,
CINTA boleh menegur tentang SAHABAT,
tapi,
SAHABAT tak boleh menegur tentang CINTA,
kata-kata dan ikrar hanya tinggal kata-kata tanpa makna,

Sebabnya :(

CINTA telah menjadi segala-galanya,
CINTA telefon tgh mlm nak masuk pg tak apa,
CINTA merajuk tak apa,
CINTA marah tak apa,

Bila :D

SAHABAT telefon malam dh nk pagi,talian sibuk *call waiting*
SAHABAT ada masalah langsung tak di endahkan,
SAHABAT merajuk dia yg marah,
SAHABAT marah,dia teruskan putuskan persahabatan,

Sebabnya :)

dia fikir CINTA akan menemaninya,
tapi,
dia x prnh fikir,
adakah cinta itu cinta SEJATI dan ABADI?
sedangkan SAHABAT sejati sudah di tinggalkan,

Akhirnya :(

setelah di tinggal dan di lukai oleh CINTA,
dia kembali mencari SAHABAT,
meminta-minta kembali kasih SAHABAT,
luka SAHABAT terlalu dalam,
namun,SAHABAT masih menerimanya,
kerana bg SAHABAT,
SAHABAT adalah SELAMANYA,
luka yg telah di gores di hati,
SAHABAT menganggapnya sebagai dugaan PERSAHABATAN,
kerana bagi SAHABAT,
"SAHABAT sebenar akan mencapai tangan sahabatnya dan akan menyentuh hatinya"

~Hidup Ini Indah Jika Kita Tahu Bagaimana Cara Mencorakkannya~

-CINTA TAK SEINDAH YANG DISANGKA-

September 12, 2011

saya tak sebetuah kalian



kenapa mesti ada rasa macam ni?
-.-

rasa macam nak lari jauh-jauh.

tsktsktsk