BALA TENTERA SAYA

September 30, 2011

Biar tak bergaya asal tak papa!


Assalamualaikum w.b.t. Kali ni nak bukak topic pasal gelagat manusia hari ni. Manusia hari ni aku tengok terlampau pentingkan gaya (cara hidup). Aku cukup menyampah dengan manusia2 yang macam ni. Apa kejadahnya berhabis duit hanya untuk bergaya?

Telefon mahal

Aku ada member yang tak berapa nak member sangat la. Dia pakai smartphone. Beribu tu harganya. Aku rasa aku pun tak mampu nak beli. Gila canggih. Macam2 gadget ada. GPS, 3G, web browsing dan macam2 la. TAPI kredit tak de!

Bila ditanya, jawapan biasa yang akan diberi, tak sempat nak topup la, kedai topup tutup la, topup habis la. Macam2!. Kalau kau dah mampu nak pakai hp mahal2, mesti kau pun mampu nak topup hp ko tu. Tak pun, why not kalau kau pakai je line. berapa sen sangat la kn.

Kereta

Budak ofis aku dulu (dulu oke) macam ni la. Sorry to say la. Aku bukan nak judge orang. Cuma ni dari apa yang aku nampak. Bila sorang dah pakai/tukar kereta baru, yang sorang ni pun nak jugak keluar kereta baru. Senang cite, almost 1/2 gaji dorang habis bayar installment je. Then, bila dah tengah2 bulan, sibuk nak kena ikat perut tak makan. apa ke hek. For me, kalau nak pakai/beli kereta bila la ianya 1/4 tak pun 1/3 dari gaji aku. Not more than that! Cuba korang imagine, kalau gaji dah rm1500,pakai persona. Installment around rm600, minyak plus toll may be rm300. So, lebih daripada gaji habis bayar dekat kereta je. Tu belum termasuk expenses lain lagi tu.

Orang2 macam ni la bila member ajak lepak minum2, tengok wayang bagi macam2 alasan. Busy la, gaji tak masuk lagi la, malas la. macam2! Tak de life langsung! Bagi aku, pakai la apa yang termampu. Tengok pada kemampuan diri sendiri. Buat apa nak kisah dengan pandangan orang lain terhadap apa yang kita pakai. Bukannya dorang yang nak bayar pun kat korang tiap2 bulan tu. Bersyukur apa yang ada. Alhamdullilah.

Bagi aku, tak mati pun kalau tak pakai/ tak ada kereta yang mahal2 tapi aku akan mati kalau tak makan. Korang bila dah tengah bulan, makan la kereta tu sikit2. Ada yang bila dah beli kereta tu, last2 naik bus jugak. Sebab apa? Sebab kau tak reti nak drive sendiri. Kau beli kereta just nak show off kat orang yang kau mampu beli kereta. ok fine.

Pendapat aku: Masing2 berhak untuk menjadi seseorang tanpa perlu mengikuti orang lain. Yang penting, walau secantik/sesenang mana pun korang, tak kisah dari segi apa pun, kita jangan pandang hina pada yang hodoh/miskin. Kecantikan/kesenangan korang tu hanya pinjaman daripada Dia je. Bila2 masa je Dia boleh tarik balik. Sekian.

P/s: Maaf kalau ada yang terasa (ikhlas). Ni hanya pendapat dan pandangan aku je. Kalau tak leh terima, terpulang. Boleh la cepat2 tekan |X| kat atas sebelah kanan tu. Biar tak secantik mawar yang berduri asalkan jadi cempaka yang harum walaupun tak cantik.

4 comments:

  1. As-salam Sahabat!
    wow,, ayat ang memang best!
    yes i'm agree with u...
    bila pikir blik org mcm ni memang xpandang lain dah...just pandang $$$ sahaja.. maybe rezeki diorang kat sini.. tpi nnti mereka akan mula menyesali n mula buntu untuk membuat keputusan antara belajar atau bekerja... satu hal dah terbukti.. then apa lagi yg akan tiba.. entahlah apapon kita doakan mereka senang n gembira.. hehehe

    ReplyDelete
  2. hehe. tengs sahabat.
    btw, ini hanya pendapat peribadi aku je. hee
    tengs again. :)

    ReplyDelete
  3. hai dik..terbaikk la post nih..i loike...
    biar xde harta janji kita x la jadik mcm katak bawah tempurung sbb terperuk kat umah je ( duit abes kat kete )...
    for me, ada moto pon kira bersyukur sbb still boleh bwa p mana2..even kdg2 basah kena hujan kan?
    jangan bergaya asal papa..^_^

    ReplyDelete
  4. hai akak :)
    tengs sbb sudi bca entry yg x seberapa ni :)
    ni hanya la pendapat dan pemmerhatian mata ni.
    betul2. x kisah la kalau ada moto pn kn asalkan still masih bole bergerak ke huli ke hilir. yang pasti knderaan trakhir kita ialah keranda juga. :)

    ReplyDelete