BALA TENTERA SAYA

February 26, 2012

Teguran itu nasihat

TEGURAN ITU NASIHAT

Buat yang menegur,
tidak salah menutur bicara,
untuk membetulkan apa yang tak kena,
tapi jangan pernah kau lupa,
yang ditegur itu juga manusia,
punya perasaan punya rasa,
berhemahlah dan lembutlah dalam menyusun kata,
agar apa yang dikata mudah diterima,
juga supaya tiada yang terasa,
lalu menjeruk rasa bermasam muka,
mungkin juga hingga menitis airmata,
kerana pedih dan bisanya kata-kata yang menusuk jiwa.

Buat yang ditegur,
memang tak mudah nak berlapang dada,
bila ada yang memberi teguran secara tiba-tiba,
terasa sesak di jiwa,
terasa ego menyala-nyala,
terasa goyah dari zon selesa,
terasa bergoyang iman di dada,
tapi jangan pernah kau lupa,
yang kau juga manusia biasa,
yang tak mungkin bebas dari berbuat dosa,
jadi harusnya kau gembira,
bila ada yang berani menegur kau didunia,
kerna peluang seperti itu tiada di akhirat sana,
jadi bukalah minda seluas-luasnya,
ukirlah senyuman dimuka,
bila ade secicip teguran yang menerpa,
kerna itu juga menjadi tanda,
diri kau masih ada yang cinta,
dan jalan untuk kau sudah dibuka,
untuk menyusur jalan yang lurus kepada-Nya.
Biiznillah.Allahu a’lam.

[dakwat.org]


February 5, 2012

Be Mine


Lirik : Tasha Manshahar - Be Mine

Bermula di Facebook
You IM I dulu taktahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja

c/o :
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You're my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever


February 3, 2012

Cara nak jadi kaya

Bagaimana hanya jual air minuman tepi jalan boleh jadi jutawan? Kita ambil contoh mudah.

Ali hanya menjual air di tepi jalan di mana ramai orang lalu-lalang. Satu bungkus hanya RM1. Kita anggaplah dalam sehari, Ali hanya dapat menjual 300 bungkus minuman sahaja. Jadi keuntungan Ali untuk sehari adalah RM300. RM300 untuk sehari mungkin telah melebihi gaji sehari anda bukan? (tak termasuk beberaparinggit tolak kos bahan etc).

Dalam masa yang sama, Ali juga mempunyai lagi 9 warung lain di lokasi yang berbeza dan diseliakan oleh pekerjanya. Semua warung tersebut juga kita anggaplah dapat menjual 300 bungkus juga sehari. Jadi keuntungan setiap warung itu juga adalah RM300 untuk sehari perniagaan.

Jadi berapakah keuntungan kasar Ali pada setiap bulan? Keuntungan RM3000 sehari x 30 hari = RM90,000 sebulan. Dalam masa kurang 1 tahun, Ali telah bergelar "Jutawan Senyap".


:: creadit to Oh! Media

February 2, 2012

[ TERKINI ] Result kemasukkan uitm bagi sesi March 2012

Bila ramai member2 yang dah continue dorang punya study, aku yang masih bekerja ni menggigil tepi katil mengenangkan nasib. Bukan saja tepi katil, tepi tingkap, kat meja makan, kat ofis and dalam toilet pun bole jadi. Bukan menggigil sebab aircond kat ofis sejuk tahap gaban tapi sebab tunggu result degree uitm yang akan keluar hari ni pkul 5 ptg jap g. heww

Kalau bab nervous jangan cakap la. Sbb aku memang hal2 macam ni memang aku terer. Seminggu tak tido lena weh. *Eh yeke? Em, dulu time nak ambik result SPM pun mau berpeluh2 tangan ni, ulang alik ke toilet je. Sama jugak macam sekarang. haish. Staff kat ofis ni dah naik hairan aku keluar masuk ofis.


Tipu la kalau aku cakap aku tak mengharapkan apa2 tentang keputusannya nanti. Sbb aku memang nak sangat continue stdy. Nak sama2 berjaya macam member2 lain. Tapi apa2 pun aku berserah padaNya. sebab aku hanya mampu merancang tapi Dia penentu segalanya. Klau aku tak dapat peluang kali ni, takpe la, mungkin Dia ada perancangan yang lagi baik untuk aku. InsyaAllah. Aku berserah padaNya sebab aku dah usaha dan doa sekarang hanya perlu tawakal je.

Oke lah. nak sambung buat keje. Ni kalau boss tau aku on9, mim mim pa wau sin. hewhewhew

p/s: sesiapa yang senasib dengan aku yang tunggu resultnya ptg ni jugak, good luck weh! Kita sama tapi mungkin kita tak senasib nanti.

baibai.