Ini memang dah menjadi kepercayan orang meLAYU:-
Kalau makan pindah-pindah tempat nanti kahwin ngan orang jauh...
Kalau makan guna dua pinggan, nanti kahwin dua...
Kalau asah pensel dua-dua belah nanti mak bapak cepat mati...
Kalau duduk atas bantal nanti buntot kena bisul...
Kalau anak dara duduk kat tangga lama2 nanti xde orang nak masuk meminang..
Kalau menyanyi dalam bilik air, nanti kawen dgn orang tua..
Kalau tolak pinangan orang sampai 3 kali, nanti susah nak dapat jodoh lagi.
Jangan bukak payung dalam rumah, nanti ular masuk..
eh comel jugak aku eh, dalam cermin.ngee~
Em, macam2 lagilah. Banyak sangat sampai aku sendiri dah tak larat nak senaraikan. Tp betul ke suma benda2 cam nih? Kalau betul, banyak sungguh la pantang larang yang nak kena ikut.masalahnya, larat ke kita nak ikut.?Jangan jadikan satu kebetulan itu satu kepercayaan. Wake up man. dunia kita sekarang dah maju. bukan macam dulu2 dah.
Mungkin tu hanya cakap orang tua2 dulu2. Diorang xnak anak2 dorang buat benda yang tak sedap dipandang. atau benda yang boleh memudaratkan. that's y dorang reka perumpamaan macam tu.
so, ni just pendapat aku je. pendapat korang macam mna? sila tinggalkan komen. :)
hahaha...2 just trick org dulu2 nak takut2kan budak2...tp lekat smpai skunk lak...
ReplyDeleteem, btul tu tukang tulis. ngee
ReplyDelete