Kalau yang mencantikkan lukisan itu adalah warna, yang mencantikan kehidupan pula adalah cinta.
BALA TENTERA SAYA
March 28, 2011
kerja
suatu masa dulu, time aku perlukan $$ tambahan tuk aku penuhkan keinginan aku sampai satu saat aku nekad untuk keja partime dekat billion.aku dapat keja kat situ. macam2 keje aku buat, jadi sales girl penah, cashier pn penah. kakak yang interview aku kat situ explain panjang lebar pasal skim gaji kat situ.
"kat sini dik, kalau jadi promoter ke jaga stok ke kami bayar RM600 tapi macam adik, kami bayar RM600 + alaun RM100. tapi kalau adik buat OT kami bayar RM4 setiap jam adik buat OT tuh". kata kakak tuh gembira bila aku dah la talented, cantik pulak keja kat situ. abang2 nepal dah melambai2 tangan dari luar.
balik2 rumah aku dah mula fikir, bleh ke aku buat keja nih. last2 aku nekad jugak buat keja nih. yela, blum cuba blum tau. untung2 dapat scandal baru. cis, mcm gampang. mat2 nepal banyak la!
Kerja dari pukul 10.30pg sampai 10.30 mlm kalau weekend tp kalau hari2 biasa pukul 5.30 sampai 10.30 (sbb time tu aku buat LI so partime je la).
Aku sure benda dilema camni paling dirasai oleh mereka2 yang bergaji RM1000 dan ke bawah.Bekerja punyalah panjang masanya,dapat pun ciput aje,tolak2 hutang dan bil,lepas la beli maggi untuk buat bekal makanan. tengoklah, paling2 banyak barang dekat supermaket, rak maggi paling panjang. nampak sangat rakyat2 kat M'sia nih botak kepala sbb asyik makan maggi je!
Takpe lah, dari pada duduk rumah, goyang hidung je baik aku try buat keja nih. tapi last2 aku just dapat bertahan hanya untuk 2 bulan je. oleh kerana kekangan masa yang dialami. ececeh~
ok2 cuba korang fikirkan,dalam ramai-ramai menteri,menteri mana yang ambik peduli pasal orang-orang yang kerja kat bawah-bawah ni?Kita boleh cerita pasal kadar ekonomi naik,pasal kadar KDNK yang pesat atau tahap pelaburan yang meningkat....but those thing do not matter at all to those who work for a pittance.Takkan ada orang2 politik yang peduli.But the biggest problem of all is that...kita semua pun tak peduli pasal diorang ni.
Mesti ada yang pernah maki cashier kat shopping kompleks kalau minah tu kira barang slow2 masa kau nak cepat, dia terdouble scan korang punya barang then dia nk kena cari shif cashier untuk void balik .Mesti ada antara kita yang bengang dengan mamat tukang potong ayam kalau ada queue panjang masa kita nak timbang dan potong ayam.Mesti anda akan rasa annoyed kalau tengah2 shopping,isle barang tu diblok oleh seorang mamat yang tengah susun stok barang. Aku pernah nampak seorang member aku (cashier) di maki "stupid idiot" sebab harga kat cashier dengan display lain dan bila member aku tu ditanya dia tak tau nak jawab apa.Diorang tu hanya dibayar RM700 untuk mengadap muka korang dan layan perangai korang yang kadang2 tak serupa manusia.
Gaji ribu-ribu tapi troli pun tak reti nak letak balik kat tempat kumpul troli!Apa kau ingat pekerja2 kat situ yang dibayar RM700 juga bertugas untuk mencarik troli kat merata-rata tempat yang kau sepahkan?Bila troli takde reti pulak mengamuk nak maki hamun...!
Apa point aku?
Ada ramai orang susah dalam Malaysia yang kerja dekat shopping kompleks.Hidup diorang dah memang susah,apa kata kita,jangan susahkan hidup diorang lagi.Tak kira lah situ ramai pekerja Bangladesh ke,nepal ke,local ke..Kalau orang senang tak mau tolong kita...kita orang yang susah mesti tolong orang susah.Mereka bekerja dengan gaji yang sangat minima. RM700 beb! aku cakap ni pun berdasarkan pengalaman aku keja jadi promoter ngan cashier. kalau dulu, mebi aku pun selalu je nak maki hamun, kalau cashier tu lambat scan, servis dorang x ok ke. tapi bila dah jadi kat batang hidung aku yang x berapa nak mancung nih. shit! baru aku faham perasan mereka. emosi emosi!
Dan jangan pandang senget kat kat dorang okeh. korang x tahu ntah2 dorang dah ada dip, deg dan ntah2 dorang straight A SPM tau dalam tangan. lagi dassyyyaatt dari korang! so kita hidup nih kena la saling hormat menghormati.baru la orang lain pun akan hormat pada kita. tak luak mana pun kalau korang senyum pada dorang. cuba fikir balik, kalau dorang xde, spe yang nak susun2 barang kat rak, sape yang nak susun/cari troli. korang pun susah nak shopping.
dari pengalaman aku keja kat situ jugak, aku dapat member2 baru. dorang suma baik2, kapla dongga, senget punya orang. so, masuk la ngan kapla aku yang memang dah senget ni kn.
oke lah. so ingat je korang, apa2 pun pekerjaan yang ada kat Msia nih xkira la yang pangkat tinggi ke rendah ke, hormat la orang lain. jangan nak pandang senget je. mana tahu, satu hari nanti, dorang jugak la yang nak tolong kita. manaaa la tahu kn.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aq memahami topik di atas ,,
ReplyDeletekerana aq pernah mengalami ,,
alhamdulillah ,,
kini b'jaya memperoleh gaji 2k ke atas ,,
:)
wow. bleh la blnje i. hihi
ReplyDelete