BALA TENTERA SAYA

January 18, 2012

My Sayangness



28/04/2008

Assalamualaikum readers :)

semalam tengah berkemas2 terjumpa novel lama ni. Novel ke3 dari sambungan ombak rindu. Saja belek2 then terselak muka surat ni. Pesanan dan nasihat daripada seorang kakak kepada adiknya selepas lima hari kehilangan arwah mak. Bila teringat balik, dia selalu ada disaat aku kehilangan. Bila dalam kesusahan, dia selalu call/sms macam tau2 je apa jadi kat aku time tu. Time kehilangan arwah S pun dia yang banyak pujuk aku. (Setahun selepas kehilangan arwah mak atau lebih tepat 24/4/2009) Dia yg bawak aku balik langkawi ikut dia sebab taknak bagi aku sedih. *terharuuuuuuu*


you're the best sister bebeh

and


i love them. sooooo much!


January 16, 2012

ITALY


I missing you, my gula hati >.<


p/s: When i text you, that means i miss you. When i don't text, that just means i'm waiting for you to miss me. Tapi macam sekarang, i faham u buzy. takpe, i faham sangat. Don't wori bout me. u focus kat study dulu ye. i tak lari mana2 pun, ada je kat sini. oke bunc? ;)

January 12, 2012

Entry Serius

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
(entry serius kali ni)

Ada sesiapa yang dengar hot chat kat hotfm tak pagi tadi? Topic pagi tadi, "Persepsi Masyarakat Mengenai Rumah Orang Tua".

Banyak jugak feedback yang dapat dari pendengar melalui akaun twitter @faizal_hotfm ngan hotfm sendiri. wahh macam nak promoto hotfm pun ada ni. ehhh serius serius -.-

ni diantaranya:-

faizal ismail
Kalu sepakat, bagus! “: oh, konklusinya? Lihat keadaan ibu bapa. kalau kurang sihat, adik beradik berganti jaga. Boleh buat.


faizal ismail
Mungkin “: xbleh trus hukum org mcm tu..xkena/xjadi pd kite..cube jd kt diri kite sndiri..”


faizal ismail
btol jugak “: klu brenti keje, kna pikir mslah kwangan, ank2 nk skolah, loan rumah, keta etc lg”

faizal ismail
: gile pe nk benti keje,pastu nk bg makpak makan ape...apela...anta nursery kire mulia la tu,terjage org tua tu

Ni pulak maklum balas dari aku:-
atiqahzakaria
@
makcik saya boleh je benti keje untuk jaga maknya yang uzur. Boleh je lagi buat kerja2 kampung ...

Ye, mmg makcik aku sanggup benti keje hanya untuk jaga maknya (maktok aku) yang uzur di kampung. Bole je buat keje2 kampung untuk bantu suami sara keluarga. So, kenapa ada sesetengah pihak yang bagi alasan kalau benti keje susah, banyak benda nak bayar, kete, rumah, etc. Plis jgn la bg alasan sebegitu rupa. Ayah ibu ada satu tu je. Hilang mereka nak cari celah mana nak ganti?

Bagi mereka yang dah lama follow blog aku yang tak seberapa ni memang korang dah sedia maklum la kan yang aku ni anak yatim piatu. So, bila dengar macam2 komen negatif dorang yang mengatakan tak salah hantar mak ayah kat rumah kebajikan/rumah org2 tua memang aku sensitif. Sori. Kalau aku masih punyai mak dan ayah aku sendiri akan sanggup buat yang macam mana makcik aku buat untuk maknya.

InsyaAllah kalau aku ada mak dan ayah mertua nanti, aku akan jaga mereka macam aku jaga mak dan ayah aku sendiri. InsyaAllah. Akhir kata dari aku, hargai, hormatilah mak ayah korang selagi dorang masih ada. Nanti kalau dorang dah takde, baru korang tahu macam mana rasanya hidup tanpa dorang. Sekian dari entry serius kali ni. Assalamualaikum.

p/s: Allah menguji kita dengan macam2 cara. Kadang2 dengan kepayahan kadang2 dengan kesenangan. Waallahualam.

December 31, 2011

In Last day of this year


:) Thanks to those who hated me, they made me a stronger person.
:) Thanks to those who loved me, they made my heart bigger.
:) Thanks to those who were worried about me, they let me know that
they actually cared.
:) Thanks to those who left me, they made me realize that nothing lasts
forever.
:) Thanks to those who entered my life, they made me who i'm today.
:) Just want to Thank you for being there in my life..

:) Hope you, me and everyone will have a wonderful 2012.

:) salam sayang dan rindu, atiqah.

December 22, 2011

Excited

Assalamualaikum :)

oke, hari ni aku nak share something ngan korang.

Semalam dekat center Plaza Alam Sentral Shah Alam ni ada buat pameran daripada Pembangunan Wanita. Oke, dipendekkan cerita, aku n officemate aku ni sempat la singgah time lunch hour. Then, kitorang register untuk satu aktiviti ni. Sangat2 teruja oke bila tengok dorang menjahit patung2 comel. Memandangkan kitorang ni takde masa untuk duduk sekali joint dorang, so sorang akak ni bagi kitorang beg sorang satu supaya boleh buat sendiri kat rumah. Memandangkan jugak aku ni dah lama tak pegang benang and jarum, so boleh la lepas gian sorang kat rumah buat benda2 ngarut ni. kahkah. Oke, malas nak cakap, jom tengok hasilnya...




oke, disebalik words iloveyou, ada satu perkataan yang orang lain tak boleh nampak. Meh sini aku bocorkan rahsia ;)

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Tadaaaaaaaaa......


oke bai.. lariiiiiiiiiiiiiiii... *malu


December 21, 2011

Memories


Korang dulu pernah buat camni tak?
1. masuk ke dalam bilik, lupa ape yang nak dibuat, keluar semula, baru ingat semula
2. masa kecil, lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit
3. masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni--> ♥
4. tutup peti dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati
5. cuba 'balance'kan suis lampu antara ON dan OFF
6. bila orang tolak kepala, kita akan ketuk dagu 3 kali.
7. alif lam lam ha. sape ambik kerusi saya berdosa.
8. bukak peti ais bahagian freezer, korek2 ais pastu makan.
9. kalau aku dulu pernah pakai owning tudung. funtion dia untuk bagi keras permukaan tudung tu. angin tiup pun tak goyang weh.

:: semua ni aku penah buat dulu. korang pulak macam mana? sama x? :)


oh satu lagi.. 'taknak kawan sudah,nama kau dolah tetek kau sebelah' kahkahkah

December 20, 2011

Thank You Allah.


Bersyukurlah


"luahan ini aku persembahkan untuk mereka agar mereka mengerti"

Bertanya lah pada diri kamu sendiri:

Kenapa kadang kala kamu berasa sedih dan kesunyian sementara orang lain berasa gembira bersama keluarga..

Kenapa kadang kala kamu harus mengalami kesulitan dan kesusahan sementara orang lain boleh
bersenang lenang...

Kenapa kamu harus bekerja keras sampai lelah dan tak punya masa sementara orang lain sudah pulang ke rumah...

Kenapa kamu selalu merungut bilamana rezeki datang walaupun kamu tahu itulah punca pendapatan kamu....

Kenapa kamu harus merasa sunyi dan sepi kerana tidak seperti teman2 kamu yang gembira kesana kemari...

Tapi pernahkah kamu bertanya:

Apakah tiada orang lain yang hidup lagi sunyi dan kesorangan malah hidup sebatang kara tanpa ibu bapa, adik beradik dan sanak-saudara.

Apakah tiada orang lain yang lebih susah daripada kamu malah tidak pernah tahu apa yang namanya senang...

Apakah tiada orang lain yang tidak punya pekerjaan sehinggakan rela dan sanggup bekerja apa pun....

Apakah tiada orang yang setiap bulan berharap akan di kurniakan rezeki yang lebih agar dapat menapung kehidupan...

Kenapa kah kamu selalu melihat ke atas, dan tidak pernah melihat ke bawah?

Kenapa saat cabaran dan dugaan datang kamu menyalahkan orang lain? tetapi kamu lupa bahawa kesenagan kamu kerana orang lain?

Kenapa kamu selalu merungut, tapi tidak pernah bersyukur?

Jawapannya tidak ada di buku mana pun, tidak ada pada siapa pun, tapi di hati kamu sendiri...

bersyukurlah selagi kamu mampu untuk bersyukur....

sebelum segalanya terlambat dan diambil darimu.......

bersyukurlah dan jangan sesekali merungut atas apa yang telah diberi dan yang telah dirancang untukmu. sesungguhnya Dialah maha Perancang dan segala-galanya.

: Bersyukur dan redha. Itu yang sebaik-baiknya.