BALA TENTERA SAYA

November 29, 2010

cemburu?? hmm

Korang kuat cemburu?? hmm meh sini kita check..

1. Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila korg tiada.
2. Dia menelefon korg semasa korg sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan korg.
3. Dia menuduh sesuka hati bahawa korg telah keluar dengan lelaki/wanita lain.
4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan korg.
5. Dia mengugut membunuh diri jika korg meninggalkannya.
6. Dia hanya mahu korg sentiasa bersamanya dan marah walaupun korg keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.
7. Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada korg.
8. Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.
9. Dia bermasam muka jika korg kerja lebih masa.
10. Dia tidak peduli dengan penjelasan korg.

so, dari sini kita bleh tau samada pasangan korg atau korg sndiri cepat cemburu atau tidak. aku??hmm, aku xde la cemburu sangat. sikit2 tu ada la.. xcially cemburu ni x semestinya negetif. ada baiknya klau perasaan cemburu tu ada. tapi xde la sampai cemburu buta weh. bahaya tuh. cemburu tu perlu untuk menunjukkan yang kita sayang pada si dia.

em, aku de lagi skit nak share ngan korg pasal topic nih.

ni ada beberapa situasi yang boleh membuatkan perasaan cemburu bertukar menjadi marah. baca sambil bayangkan okeh.

1 ) Pasangan korg tersalah panggil korg dengan nama kawan perempuannya yang lain ..
2 ) Pasangan korg sibuk b'sms atau berbual mesra dgn org lain ketika keluar bersama korg. (org lain disini membawa maksud kawan prempuan)
3 ) Pasangan korg menumpangkan kawan pejabatnya yg berlainan jantina .. cun/ hensem lak tu... bukan sehari dua..tapi setiap kali balik kerja ...
4 ) Sering keluar lunch bersama sama dengan rakannya yang sama .
5 ) Pasangan korg dijadikan tempat meluahkan perasaan oleh rakan pejabat / rakan lamanya yang berlainan jantina ..

; cuba korg letak diri korg pada situasi tu. pe perasaan korg?? kalau aku??huh memang kena sembelih mamat tu..hahah cemburu beb.haha. eh, yeke? teetttt~

; tp perlu ke cemburu di susuli dengan perasaan marah ? Tak perlu sebenarnya ... Jika tidak pandai kawal perasaan , mmg boleh 'meletus' gunung berapi .... kan kan ..

apa2 pn,bila hadirnya perasaan cemburu tu , cepat cepat amik wudhu atau beristighfar ... syaitan dok mai menyocok yocok tuuu ... kena pantas melawan ... jgn di layan perasaan tu sangat ..

tu je la yang aku leh share ngn korg wat masa nih. daa~

No comments:

Post a Comment